Peguam Sitpah Selvaratnam, yang mengetuai pasukan perundangan bagi pihak kerajaan dan 1MDB berkata, harga terseut ditetapkan oleh firma Winterborthams yang berpangkalan di United Kingdom, sebagai penilai bebas untuk kapal tersebut.

 “Kami mendapat perintah mahkamah untuk meneruskan fasa kedua penjualan kapal ini, yang akan dilakukan menerusi perundingan persendirian.

“Kami ada menerima bidaan pada fasa pertama tetapi ditolak,’’ kata beliau kepada pemberita selepas bertemu Pesuruhjaya Perundangan Mahkamah Tinggi, Khatijah Idris di sini hari ini.