Rekod jualan itu dicipta menerusi platform niaga digital, GoShop, malam tadi.

Dilaporkan, dalam rancangan tersebut Siti Nurhaliza berjaya menjual 22,000 unit Set Istimewa Vantage yang berharga RM369 setiap satu.

Info tersebut dikongsi oleh penulis berpengaruh media sosial yang digelar Bapa Viral Kebangsaan iaitu Khairul Hakimin Muhammad yang memuat naik pada laman Facebook peribadi miliknya.