PUTRAJAYA, – Penyunting video Malay Mail dirompak ketika beliau sedang mengeluarkan wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Kampung Jenderam Hilir di Dengkil semalam.

Muhamad Jamalullail Jamaludin, 26, mengeluarkan wang RM100 sebelum beliau dihampiri dua lelaki berpenutup muka dan merampas semua wang yang dikeluarkannya kira-kira jam 11 malam.

Penyelaras media sosial berbahasa Melayu ProjekMM berkata seorang daripada mereka kemudian mengacukan pisau lipat dan mengugut mencederakannya manakala seorang lagi menunggu di depan keretanya.

”Pemuda tersebut memaksa saya mengeluarkan semua duit simpanan saya sebanyak RM3,450 dan merampasnya. Selepas menerima duit tersebut kedua-dua pemuda tersebut beredar dengan membawa wang tunai yang diambil dengan menaiki kereta Axia,” katanya.

Jamal kemudian membuat aduan di balai polis Presint 7 di sini, pagi semalam. Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading