Kuala Lumpur – Melangkah masuk ke kedai Luckin Kopi di  Jalan Panggung, ibu negara membuatkan setiap pelanggan terpukau dengan dekorasi yang seolah-olah menggamit kembali kenangan seperti kedai kopi era klasik. Susun atur dan reka bentuk bangunan kedai lama yang diberi nafas baru sangat menyemarakkan lagi nostalgia era P.Ramlee.

 

 

 

Disambut mesra dengan keramahan pelayan kedai kopi ini, kami seterusnya dijemput duduk. Melihat sahaja perabut kayu yang digunakan, ianya sama seperti gambaran keturunan baba dan nyonya. Kami diminta membuat tempahan makanan dan minuman melalui buku menu yang diberi. Pelbagai makanan dan minuman terdapat di kedai kopi ini.

 

 

 

Antara yang paling mendapat perhatian, sudah tentulah kopi kaw yang dihidang didalam cawan bunga klasik. Kebiasaanya, cawan sebegini digunakan untuk kedai kopi lama atau kopitiam. Sudah tentu, hidangan kopi kaw menjadi pilihan disamping pelbagai lagi makanan seperti nasi lemak ayam berempah, nasi ayam salted egg, pasta salted egg dan banyak lagi.

 

Luckin Kopi Kaw Peng

 

Luckin Kopi Kaw Cincau

 

Teh Tarik Kaw

 

Kami yakin, hidangan kopi disini lebih sedap dan padu berbanding kopi dari kafe berjenama. Ini kerana aroma kopi yang dihidang sangat membangkitkan selera. Kami yakin para pencinta kopi juga turut menyukai kopi disini. Aroma dan rasa kopinya sangat sedap. Tidak terlalu manis dan juga tidak pahit. Kepekatan warna kopi ini sama seperti kopi kampung. Setiap hirupan sangat menyegarkan dan membangkitkan citarasa penggemar kopi.

 

Teh Tarik Kaw Cincau

Selain dari kopi dan teh tarik, anda juga boleh menikmati hidangan ABC yang sememangnya sedap. Terasa hilang segala dahaga saat menikmati setiap suapan hidangan ini. 

 

ABC

 

Dalam masa sama, kami turut dihidangkan pelbagai sajian yang menyelerakan. Nasi lemak ayam berempah dan nasi lemak sambal sotong cukup sempurna. Sambal yang dihidangkan sangat sedap dan cukup rasa. Ianya juga berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Aroma nasi lemak juga menaikkan selera kami yang kelaparan ketika itu.  

 

Nasi Lemak Sambal Sotong

 

Salted Egg Chicken Rice

Nasi ayam salted egg juga tidak kurang hebatnya. Apa yang menariknya, kuah salted egg yang dihidangkan cukup sempurna dan pekat. Ditambah aroma daun kari mewangikan lagi kuah tersebut. Nasi putih panas yang dihidangkan sangat lembut dengan saiz hidangan yang cukup mengenyangkan.

Bagi hidangan pasta pula, kami memilih pasta salted egg yang sebelum ini kami sendiri tidak pernah merasainya. Dihidang panas dengan kuah salted egg yang pekat cukup memuaskan. Dihidangkan bersama udang bersaiz sedehana cukup membuatkan kami berpuas hati. 

 

Salted Egg Pasta

 

Seterusnya, kami berkesempatan mencuba hidangan ringkas cheesy chicken & fries yang dihidangkan diatas dapur masak mudah alih. Hidangan ini mempunyai lapisan keju, kentang goreng dan kepingan ayam. Ianya perlu dipanaskan untuk memastikan lapisan keju itu tadi mencair dan kemudian dimakan bersama kentang goreng dan kepingan ayam. 

 

Cheesy Chicken & Fries

Secara keseluruhannya, menjamu selera di kedai Luckin Kopi sangat membuatkan kami berpuas hati. Ditambah dengan harga yang sangat berpatutan bersesuaian dengan saiz hidangan serta rasa yang cukup sempurna. 

 

 

 

Kami sangat cadangkan kepada anda yang tercari-cari rasa kopi sedap dan menikmati hidangan dalam suasana klasik, datanglah ke kedai Luckin Kopi. Dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam. Amat sesuai untuk anda yang ingin bersarapan sehinggalah minum petang.

Anda boleh rujuk detail seperti dibawah:

Luckin Kopi

14 Jalan Panggong

Kuala Lumpur
No. telefon: 03-2856 2811

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading