Sepang – GAINS Education Group hari ini dilancarkan secara rasmi selepas mula berkembang dan menjadi pilihan pendidikan masa kini. GAINS Education Group merupakan syarikat induk Genius Aulad, Sekolah Antarabangsa Idrissi, Sekolah Tinta, Akademi Pengajaran Eduventor, Asisst10 dan pusat penjagaan bayi Genius Bibs yang telah diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pendidikan berkualiti premium bagi pra- sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ianya ditubuhkan bertujuan khusus untuk meningkatkan kehidupan pelajar Malaysia dan luar negara dan sehingga kini telah berkhidmat kepada 13,099 pendidik dan 70,000 pelajar di 12 negeri dan 2 negara dalam tempoh 20 tahun yang lalu.





Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif GAINS Education Group, Puan Zaliza Alias dalam ucapannya menerangkan bahawa Gains Education Group merintis sekolah berasaskan Islam dengan penguasaan Bahasa Inggeris agar ianya memberi peluang kepada anak-anak agar lebih cakna tentang kepentingan serta sentiasa memberi peluang dalam seiring modul pendidikan terkini.


Beliau juga turut menekankan bahawa GAINS Education Group tidak tertakluk bagi pelajar islam sahaja, malah terbuka juga kepada para pelajar dari pelbagai bangsa dan agama.
“Kami bukanlah pusat pendidikan atau sekolah khas untuk pelajar beragama islam semata-mata, kami juga turut menerima pelajar bukan muslim kerana sistem pendidikan yang kami praktikkan sepenuhnya diiktiraf Kementerian Pendidilan Malaysia untuk pelbagai bangsa.” katanya.


Majlis disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid dan Prof. Dato’ Dr. Noraini Binti Idris, Presiden National STEM Movement Malaysia.
