Kuala Lumpur – David James merupakan bekas penjaga gol England dan beberapa kelab Premier League – paling dikenali di Liverpool dan Portsmouth. Legasinya di Premier League cukup besar.

Beliau memegang rekod penampilan Premier League keempat terbanyak (572 penampilan); di belakang Gareth Barry, Ryan Giggs dan Frank Lampard. Sebelum Petr Cech memecahkan rekodnya, James merupakan penjaga gol paling banyak mencatat clean sheet iaitu sebanyak 169 perlawanan.

Meskipun kariernya panjang, bekas pengurus Kerala Blasters ini hanya memenangi dua piala sahaja. Pertama, League Cup bersama Liverpool pada musim 1994/1995. Kedua dan mungkin paling diingati ramai peminat, FA Cup bersama Portsmouth pada musim 2007/2008.

Walaupun begitu, karier David James di Liverpool tetap dikenang-kenang oleh peminat The Reds. Masakan mereka boleh lupa kenangan beliau menyarung jersi no.1 Liverpool dalam 277 perlawanan. Ini belum lagi dikira memorinya bergelar Spice Boys bersama  Steve McManaman, Jamie Redknapp dan Robbie Fowler.

Pada  7 dan 8 Mac 2020, David James akan turun ke Malaysia sempena sesi meet and greet bersama penyokong Liverpool di Football Republic Sunway Pyramid dan Al-Ikhsan The Curve.

Para peminat dan penyokong berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan beliau yang boleh diturunkan pada poster, cenderahati Liverpool dan juga jersi.

Selain itu, pelbagai jenis produk Liverpool FC boleh didapati dengan diskaun 25%.

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading