Shah Alam – Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ barangan berjenama dan alatan dapur dari luar negara secara atas talian, pengasas butik Nor Rafidah Khairuddin kini melebarkan empayar perniagaanya dengan membuka butik fizikal di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

Memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan, beliau yang pernah tular kerana berjaya meraih pendapatan lebih RM10,000 menjadikan perniagaanya ini sebagai satu semangat untuk terus memasarkan pelbagai barangan berjenama pasaran luar negara terus ke Malaysia dan mampu dibeli oleh pelanggan.

“Saya bermula dari kecil-kecilan melalui atas talian dengan nama branded Handbags & Kitchenware by Rafidah pada tahun 2015. Dari situ, saya mengumpul pengikut dan pelanggan setia dengan memberikan servis dan kualiti terbaik untuk mereka’.

“Pada waktu itu, saya menjalankan perniagaan terus dari Montreal kerana menetap disana bersama suami. Pada tahun 2017, saya dan suami membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan ini seterusnya membuka butik Sellection” katanya dalam satu sidang media.

Rafidah juga menyatakan akan membuka beberapa buah cawangan pada masa hadapan dan mempunyai produk sendiri dibawah label Sellection.

Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hadi Wisman berkata butik Sellection akan sentiasa memastikan servis terbaik dengan koleksi terkini dan memberi peluang kepada setiap pelanggan untuk merasai dan melihat sendiri material serta kualiti setiap barangan bagi memudahkan untuk membuat pilihan.

 

Sellection pada hari ini meraikan pelanggan setia dan rakan niaga dalam satu majlis makan malam serta penghargaan bagi menghargai insan-insan yang bersama mereka sejak awal perniagaan sehingga kini.

Dalam masa sama, Sellection juga turut merasmikan outlet premium atas talian. Antara produk yang dipasarkan adalah dari jenama Coach, Prada, LV, Gucci, Furla, Kate Spade, Micheal Kors serta pelbagai lagi produk kosmetik dan peralatan dapur berjenama.

Info: 
* Facebook: Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah 
* Instagram (@sellectioncom)
* youtube channel ( youtube.sellection.com)
* laman sesawang www.sellection.com

BUTIK SELLECTION
No. 10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur
https://maps.google.com/?q=3.208558,101.744171
03- 41420000

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading