PETALING JAYA – Kertas siasatan berhubung kes memukul anak angkat berusia dua tahun membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, akan diserahkan polis kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) esok untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan semua saksi terbabit kes berkenaan.
“Kertas siasatan sudah lengkap dan dijangka diserahkan kepada TPR esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Aliff turut ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis, manakala anak angkatnya diserahkan kepada pembantu peribadinya untuk dijaga sementara atas nasihat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya.
