MOSCOW – Menteri Kesihatan Israel, Ya’acov Litzman disahkan positif COVID-19.
Menurut agensi berita Sputnik yang memetik laporan portal berita Jerusalem Post, Litzman dan isterinya disahkan dijangkiti wabak itu dan perlu menjalani prosedur kuarantin.
Bagaimanapun, Litzman akan tetap menjalankan tugasnya dari rumah.
Menurut Kementerian Kesihatan, angka positf COVID-19 di negara itu setakat ini berjumlah 6,092 kes dengan 26 kematian. – BERNAMA
