Kuala Lumpur – Domino’s Pizza telah melancarkan perkhidmatan ‘Pandu Ambil’ yang baru yang menawarkan kemudahan dan keselamatan bagi pelanggannya.
Atas dasar keprihatinan kepada pelanggan dengan cara yang bijak, perkhidmatan ini akan membolehkan pencinta Dominos membuat pesanan melalui laman web atau aplikasi mudah alih Domino.
Setelah pesanan dibuat, pelanggan diminta untuk menyerahkan maklumat kenderaan mereka secara dalam talian untuk kakitangan restoran mengenal pasti pelanggan semasa ketibaan mereka.

Pelanggan hanya perlu tunggu didepan restoran dan pesanan akan dihantar terus kepada anda.
Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree berkata, ‘Pandu Ambil’ dengan tegas mematuhi amalan perkhidmatan tanpa sentuhan yang selamat, yang membolehkan sempadan yang sihat bagi pelanggan kami untuk tetap selamat sepanjang membuat pesanan dan pembelian.

