Eskayvie perkukuhkan cita-cita global, fokus fasa pertumbuhan

Eskayvie sedang menyasarkan pengembangan pasaran merentasi pasaran utama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Eskayvie, jenama kesihatan dan kesejahteraan halal tempatan yang terkemuka kini memberi fokus kepada inovasi berasaskan sains dan pengembangan serantau bagi memperkukuh kelebihan daya saingnya dalam sektor kesejahteraan yang pesat berkembang.
Menurut pengasasnya Dr Kartika Wati Mohamed, Eskayvie sedang menyasarkan pengembangan pasaran merentasi pasaran utama di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Brunei.


“Pasaran ini dipilih secara strategik berdasarkan potensi pertumbuhan kukuh mereka dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan bagi meningkatkan kesedaran pengguna tentang penjagaan esihatan dan pencegahan serta peluang untuk membina ekosistem keusahawanan yang mampan melalui Eskayvie Nexus.


“Indonesia kekal sebagai pasaran tumpuan utama disebabkan oleh populasinya yang besar dan penjajaran yang kukuh dengan penawaran produk dan model perniagaan kami,” katanya pada sidang media kerjasama Eskayvie dengan Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 di sini malam ini.
Mengulas lanjut, Dr Kartika Wati berkata, dalam jangka pendek, Eskayvie menyasarkan pertumbuhan dua digit tahunan yang teguh, memperkukuh pasaran terasnya di Malaysia sambil mempercepatkan momentum di wilayah serantau terpilih.

Pengasas Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed dan Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.


“Matlamat jangka sederhana adalah untuk mencapai skala ke arah pencapaian pendapatan ratusan juta ringgit, disokong oleh jejak serantau yang lebih pelbagai.


“Akhirnya, matlamat kami bukan sekadar pengembangan yang pesat,tetapi pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan dengan mengimbangi pecutan pendapatan dengan disiplin kos yang kukuh, kekuatan ekosistem dan nilai jenama jangka panjang,” kata Dr Kartika Wati lagi.
Bagi Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, pendekatan syarikat sentiasa bermula dengan sains dan keperluan sebenar tubuh manusia.


Menurutnya, setiap formulasi dibangunkan bersama profesional untuk memastikan setiap nutrien yang digunakan benar-benar relevan dalam menyokong perjalanan perkembangan harian kanak-kanak.”


Sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi untuk kanak-kanak, Eskayvie memacu kempen ini melalui ekosistem yang komprehensif.

skayvie menyasarkan pertumbuhan dua digit tahunan yang teguh di samping memperkukuh pasaran terasnya di Malaysia.


“Ini termasuk radio, televisyen, papan iklan, kempen digital, platform media sosial, inisiatif kesedaran sekolah, program komuniti dan kekuatan lebih 100,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia,” katanya.


Sementara itu, kerjasama Eskayvie dengan TTMM Musim 2 berfungsi sebagai platform strategik untuk meluaskan lagi mesej ini kepada lebih ramai ibu bapa, terutamanya dalam menekankan kepentingan sokongan harian yang konsisten, persekitaran yang positif dan peranan keluarga dalam memupuk potensi setiap kanak-kanak.


Eskayvie juga memperkenalkan kempen “Imbas & Menang” di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000 termasuk hadiah utama sebuah Proton eMas 7 (EV).


Pemenang akan dipilih setiap minggu merentasi 10 episod TTMM dari 19 April ini hingga 21 Jun depan. Kempen ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa dan pelanggan yang terus menyokong perjalanan pertumbuhan harian anak-anak mereka.


Selain ganjaran, kempen ini membawa mesej yang lebih mendalam bahawa setiap usaha kecil hari ini adalah pelaburan yang bermakna untuk masa depan kanak-kanak.


TTMM Musim 2 yang akan bersiaran mulai 19 April ini secara langsung di Astro Ria pukul 9.00 menampilkan barisan nama selebriti terkenal sebagai pengurus bersama anak antaranya Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva serta Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.
Turut terlibat dalam program selama 10 minggu itu adalah Datuk Seri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra serta Safura dan Kim Khairii.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading