Hiburan

Siti Nurhaliza lancar album ManifestaSITI2020

Kuala Lumpur- Selepas beberapa bulan tertunda akibat pandemik Covid-19, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya melancarkan album ke-18 berjudul ManifestaSITI2020 pada Jumaat.

Tidak berasa terkilan kerana kelewatan itu, Siti, 41, menganggap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan menjadi kenangan untuk dia mengabadikan sesuatu istimewa sempena tahun yang mempunyai sejarah tersendiri kepada dunia.

“Banyak kerja-kerja terpaksa tertangguh yang tidak dapat dielakkan, ia bukan masalah saya sahaja tapi seluruh dunia. Saya tidak terkilan atau berasa kecewa kerana pada ketika ini kesihatan lebih penting.

“Saya percaya ada hikmah tertentu dan dalam tempoh itu saya dapat dengar balik lagu-Iagu dan rakam semula suara sehingga rasa puas hati,” ujarnya.

Siti ditemui di sidang media pelancaran album ManfiestaSITI2020 di Bangsar pada Jumaat.

Siti ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSlT|2020 yang diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur.

Album itu memuatkan 11 lagu termasuk lima lagu baharu antaranya Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Aku Bidadari Syurgamu, dan Tertulis Nama Kita.

Turut dimuatkan lima lagu yang sudah dilancar awal dan sebuah lagu versi baharu berjudul Teratai Menjelma nyanyian asal Datuk Sudirman Arshad.

Dalam pada itu, bercerita lanjut tentang album berkenaan, Siti berkata, lagu Kuasa Cintamu ciptaan Melly Goeslow itu memiliki sentuhan peribadi untuk anak perempuannya, Siti Aaflyah.

Sementara itu, sebanyak 1500 buah album habis dijual sejak tempahan awal yang dibuka pada 29 Jun lalu, malah pihak penerbit iaitu Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd terpaksa menambah stok cakera padat bagi memenuhi permintaan peminat.

Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: