Terkini

Pelajar IPT dibenarkan kembali ke kampus berperingkat mulai Julai

KUALA LUMPUR – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.

Menteri Pengajian tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ketika mengumumkan perkara itu berkata kebenaran berkenaan dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Sehubungan itu, empat lagi kategori pelajar akan dibenarkan kembali ke kampus mulai, bulan ini.

“Kumpulan ini adalah tambahan kepada lima kategori yang telah diberi kebenaran sama sebelum ini,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, empat kategori itu ialah pelajar tempatan di IPT swasta (IPTS) sebanyak 30 peratus.

“Seterusnya, pelajar tahun satu hingga empat di universiti awam (UA) dalam bidang pengajian memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan badan profesional.

“Selain itu, pelajar tahun satu hingga empat di UA yang tiada akses Internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

“Pelajar antarabangsa di kedua-dua UA dan IPTS, termasuk penuntut baharu,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: