PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal mencatatkan kelainan selepas larangan terhadap perhimpunan membataskan aktiviti yang boleh dilakukan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia termasuk perbarisan yang sering diadakan ketika menyambut Hari Kebangsaan saban tahun.

Katanya, setakat ini, kerajaan tidak membenarkan sebarang perbarisan diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang jatuh pada hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 31 Ogos nanti.

Beliau berkata, ia berikutan sukar untuk mengawal penjarakan sosial bukan saja dalam kalangan peserta perarakan malah antara pengunjung.

“Sebab kalau kita lihat, perbarisan itu, ia perhimpunan yang besar. Saya rasa ia membabitkan beribu-ribu (rakyat). Yang kedua, dari segi penjarakan sosial, tidak ada ketika perbarisan. Bukan saja oleh peserta perbarisan, tetapi saya rasa penonton yang hadir juga tidak ada penjarakan sosial.

“Kalau di kerusi orang kenamaan dan tempat yang dikhaskan mungkin boleh dikawal tapi orang ramai pun datang sendiri, kalau di Dataran Merdeka, berada di tepi jalan dan sebagainya.

“Mereka akan berhimpit-himpit dan sukar dikawal. Setakat ini tiada perarakan lagi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan PKPP, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar acara perbarisan semata-mata tetapi mempunyai program sampingan seperti pelancaran Bulan Kemerdekaan dan mengibar Jalur Gemilang.

Katanya, beliau percaya perincian mengenai sambutan Hari Kebangsaan akan diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading