
Kuala Lumpur – Aktres jelita, Erra Fazira atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 46 menyatakan rasa teruja dan gembira dilantik sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur.
Jenama produk penjagaan rambut Faith Fleur yang telah meraih dua kemenangan pada majlis anugerah Natural Health and A Healthy Lifestyle Readers’ Choice Awards 2019 ini diasaskan oleh pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad dan suami Halim Bahadorisam.

Bagi primadona terkenal, Erra Fazira, dia juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah rambut. Akui Erra, sama seperti hijabi yang lain, antara masalah yang dihadapinya ialah rambut gugur.
“Kita akan tahu yang kita menghadapi masalah rambut gugur apabila melihat banyak rambut gugur di bilik mandi selepas mandi. Selain itu selepas membuka tudung, kita akan lihat banyak rambut gugur, Keadaan lebih ketara apabila menyikat rambut, kita akan lihat rambut banyak melekat pada sikat,” jelas Erra.

Erra akui telah dilamar oleh jenama Faith Fleur sebagai duta produk dan beliau terlebih dahulu mencubanya sendiri selama sebulan dan mengakui keberkesananya apabila masalah rambut gugur yang dihadapinya semakin berkurangan.
Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017.
“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi.


“Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara.
Dalam pada itu, Erra turut menyarankan para wanita agar mencuba produk ini dan rasai sendiri perubahan dalam masa singkat.
Menurut pengasas, produk ini bukan sahaja bertumpu kepada wanita malah sesuai juga digunakan oleh golongan lelaki dan kanak-kanak seawal usia 6 bulan. Produk ini boleh didapati di laman web www.faithfleur.my atau di laman sosial faithfleurhq dan @faithfleurhq
