
SHAH ALAM – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) hari ini menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Peneroka Felda di Trolak Perak baru-baru ini.
Pengumuman tersebut adalah gambaran jelas bahawa YAB Perdana Menteri sangat menitik beratkan soal Pendidikan Generasi Felda kearah transformasi lokaliti yang lebih baik dan lestari.
Ini seiring dengan perancangan Pengerusi Felda, YBhg Dato’ Seri Idris Jusoh yang menggunapakai kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam merealisasikan hasrat transformasi secara menyeluruh terutamanya transformasi minda bagi Generasi Felda di bawah tagline “Dari Bandar ke Felda”.
Sebagai kumpulan Generasi Felda professional, mereka amat yakin dan percaya hanya melalui jalan “ILMU” iaitu perubahan minda kearah yang
lebih positif akan menjadikan impian dan sasaran yang ditetapkan menjadi kenyataan.
Ini memerlukan kerjasama semua pihak tanpa
meminggirkan mana-mana kumpulan sasaran biarpun berlainan ideologi politik tetapi tetap berada dibawah payung yang sama iaitu Felda.
GWGF yang diketuai oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail ikon generasi Felda, pastinya akan turut serta mengembleng tenaga bersama-sama dengan Felda dalam mempercepatkan proses (speed up) untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita bersama.
