Ampang – ParisZki hari ini mengumumkan mengenai misi baharu mereka dalam merealisasikan visi mencari bakat untuk digilap mengikut kecenderungan tersendiri.

Sebagai agensi pengurusan pilihan dengan amalan terbaik, dalam mengembangkan anak-anak, Pariszki melihat ini sebagai satu platform terbaik bagi mengetengahkannya ke peringkat  antarabangsa.

Menawarkan perkhidmatan yang merangkumi pencarian dan pengembangan bakat, gaya fesyen (Voila), hingga menyediakan asas yang kuat untuk perjalanan kanak-kanak hingga dewasa melalui platform tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, mereka juga akan didedahkan melalui platform saluran tv atas talian iaitu Yubetube OTT bagi menonjolkan bakat yang telah digilap untuk penonton.

“Kita bukan sahaja membawa kanak-kanak ini ke peringkat antarabangsa namun ia juga mampu menjana pendapatan melaluinya.

“Kami juga berfungsi membina keyakinan agar bakat yang terpendam dapat diketengahkan” kata Pengarah eksekutif Pariszki, Godmot

Pariszki menjemput para ibu bapa yang mempunyai anak-anak dari usia seawal 3 tahun yang berbakat yang benar-benar ingin membina asas yang kuat dalam bakat dan kemahiran mereka untuk berkembang lebih yakin dan pebih jauh ke peringkat lebih prestij.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ParisZki, lawati www.pariszki.com 

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading