KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka pada masa depan, selain memastikan bekalannya sentiasa mencukupi.
Katanya, di peringkat borong harganya akan diturunkan dari RM1.45 kepada RM1.15, manakala harga runcit dari RM1.50 kepada RM1.20 seunit.
“Rasional kita menurunkan harga pelitup muka adalah selaras dengan langkah kerajaan menimbangkan keperluan mewajibkan pelitup muka di tempat awam susulan pandemik COVID-19 yang belum berakhir.
“Selain itu, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran dan pengedaran pelitup muka didapati bekalan mencukupi termasuk yang diimport, soal bekalan tiada masalah, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang ingin mengetahui rasional kementerian menurunkan harga pelitup muka.
