
KUALA LUMPUR – Majls Pelancongan Malaysia dan Tri G Technologies ( TRIG) berkerjasama untuk mempromosikan Perkhidmatan Saringan Covid-19 bagi memastikan sektor pelancongan menjana pertumbuhan ekonomi negara dan membina keyakinan dalam kalangan pelancong.
Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis, berkata inisiatif ini penting untuk memastikan sektor pelancongan negara menjana kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“ Inisiatif Majlis Pelancongan Malaysia bersama TRIG ini merupakan satu langkah dalam usaha kita menyahut seruan kerajaan dalam membendung wabak Covid 19. Saya berharap semua pihak khususnya penggiat sektor pelancongan dapat menyokong usaha ini sekali gus menjayakan aspirasi pelancongan negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menerusi kerjasama ini TRIG menyediakan rangkaian akses mudah di lebih 3500 klinik dengan makmal yang diakreditasikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyediakan pelbagai jenis ujian untuk pelancong dan penggiat industri pelancongan.
Sehubungan dengan itu, ujian ini akan disertakan dan disokong oleh Sistem “E Certificate” di bawah sistem applikasi Tracvirus.com untuk pengesahan segera untuk mengelak risiko pemalsuan dan penipuan sijil ujian Covid 19
