Shah Alam – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ‘Ekstra O-Some’, iaitu Peluang barisan hadapan kita.

Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, JACK ‘n JILL Cream-O telah mengatur satu kejutan istimewa untuk 100 orang barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada awalnya, mereka berasa terkejut dan teruja sebenarnya adalah untuk diri mereka sendiri. Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.

Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka, lsmail Izzani.

Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa.

Sebanyak 63 foto akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kami telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka.

Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’ adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

 

Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk ‘Menjadikan Kehidupan Seharian anda O-Some’ (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah.

Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.

Untuk maklumat lanjut, silar layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/

SERTAI JACK ‘N .IILL CREAM-O DAN ZAHIRKAN PENGHARGAAN ANDA KEPADA PEJUANG BARISAN HADAPAN

Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama lsmail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:

Langkah 1:

Beli JACK ‘n JlLL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2:

WhatsApp resit, <nama>, <no MyKad> dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’

Langkah 3:

Jawab soalan dan hantar ke +6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi Ya/Tldak?”

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading