Kuala Lumpur – Kumpulan Suria KLCC cetus kemeriahan dan kegembiraan apabila berjaya memberi ganjaran hebat kepada para pelanggannya menerusi kempen ‘The Golden Ticket’ yang berlangsung di ketiga-tiga pusat membeli-belahnya – Suria KLCC, Pusat Membeli-Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kuala Terengganu, dari 19 Jun hingga 19 Julai 2020.

Oleh kerana mendapat sambutan hebat dan menggalakkan daripada para pelanggan dan pengunjung, kempen tersebut telah dilanjutkan sehingga 2 Ogos 2020 (Suria KLCC), 9 Ogos 2020 (Alamanda) dan 30 Julai 2020 (Mesra Mall).

Para pelanggan berpeluang meraih hadiah utama iaitu baucar beli-belah bernilai RM5,000 (Suria KLCC), baucar beli-belah bernilai RM1,000 (Alamanda) dan baucar beli-belah bernilai RM1,500 (Mesra Mall) apabila mereka berbelanja dengan jumlah minima di setiap pusat membeli belah tersebut.

Kempen ‘The Golden Ticket’ ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai kerana ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada para pelanggan. Setakat 22 Julai 2020, terdapat 44 pemenang yang membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 di Suria KLCC dan 33 pemenang telah memenangi baucar beli-belah bernilai RM1,500 dan RM1,000 di Mesra Mall dan Alamanda.

Pemenang ‘The Golden Ticket’ Teruja!

Nik Noorafzan binti Nik Othman serta suaminya terkejut dan teruja apabila anak perempuan mereka berjaya memenangi baucar beli-belah bernilai RM5,000 di Suria KLCC. Salah seorang pemenang di Alamanda, Norazwa Adris berkongsi, “Saya sangat terkejut kerana saya selalunya tidak bernasib baik!”

Seorang lagi pemenang, Mohammad Muhaimih sukar untuk percaya bahawa dia telah memenangi RM1,500 dengan hanya berbelanja RM230 di Mesra Mall. Sebagai penghargaan kerana menyertai kempen ini, para pemenang Tiket Emas disambut dengan kesempatan bergambar di pameran “Wall of Winners” eksklusif yang terletak di Court Court pusat berkenaan.

Anda boleh layari www.facebook.com/SuriaKLCCMall, www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre dan
www.facebook.com/MyMesraMall bagi menyaksikan kegembiraan para pemenang.

Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC akan menjadi lebih bermakna apabila pusat membeli belah tersebut menawarkan peluang kepada para pembeli yang mengambil bahagian untuk memenangi penginapan 3 hari 2 malam di ‘Park Suite’ mewah untuk dua orang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Lima pemenang bertuah akan dipilih secara rawak setelah kempen berakhir pada 2 Ogos 2020.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Apa yang membezakan kejayaan kempen ‘The Golden Ticket’ sebagai kempen terbesar Kumpulan Suria KLCC tahun ini adalah nilai hebat baucer beli-belah yang ditawarkan, di mana para pelanggan kami pasti mendapat ganjaran setiap hari ketika mereka berbelanja di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelanggan setia kami yang telah memenangi baucar beli-belah yang ditawarkan. Kami sangat berterima kasih di atas sokongan berterusan para pelanggan kami.”

Andrew menambah lagi, “Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan serta pengunjung, Suria KLCC, Pusat Membeli-Belah Alamanda dan Mesra Mall sentiasa mematuhi keselamatan dan amalan kebersihan berpandukan prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia (SOP) yang ketat. Dengan adanya SOP ini, kami menjamin operasi perniagaan tanpa gangguan sambil menjaga kesejahteraan para pelanggan.

Kami telah menerima maklum balas positif daripada para pengunjung dan pembeli kami bahawa mereka merasa sangat selamat dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan. Ini adalah respons positif dan menggalakan kerana orang ramai semakin terbiasa dengan ‘norma baharu’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan.

Dalam pada itu, untuk bertindak lebih lanjut mengenai keselamatan para pelanggan dan pengunjung, kami menggalakan pembayaran tanpa sentuhan dan di samping itu, melakukan pengujian Covid-19 berkala untuk kakitangan kami.”

Kempen akan datang: Cuti-Cuti KLCC

Sejajar dengan usaha kerajaan untuk merangsang sektor pelancongan negara, Suria KLCC akan melancarkan kempen “Cuti-Cuti KLCC” yang akan berlangsung sejurus kempen ‘The Golden Ticket’ berakhir. Kempen yang melibatkan kerjasama tiga pihak antara Suria KLCC, Malaysia Airlines (MAS) dan Mandarin Oriental (MO) menawarkan pakej percutian yang menarik bertujuan untuk mempromosikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan domestik.

Ia juga bertujuan untuk mengajak orang ramai untuk cuti cuti di dalam Malaysia menggunakan perkhidmatan MAS, menginap di MO dan berbelanja di Suria KLCC. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej eksklusif ini, sila hubungi kakitangan Concierge di Suria KLCC atau lawati laman web www.suriaklcc.com.my.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading