SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini menerima hadiah jersi Liverpool bernombor 16, angka yang sinonim dengan dirinya.

“Pada 2016 kali terakhir saya menjadi pengurus pasukan Selangor dan selepas itu saya tidak terlibat secara langsung dengan bola sepak negeri,” katanya merujuk keunikan angka itu.

Jersi itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Vach Pillutla pada pelancaran jersi Liverpool di kedai sukan Al-Ikhsan di Sunway Pyramid di sini hari ini.

 

Amirudin adalah peminat setia pasukan yang muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL), juara Liga Juara-Juara Eropah dan juara Kelab Sedunia pada musim ini.

Baru-baru ini, beliau menyingkap jalan berliku yang dilalui Liverpool dalam tulisannya di SelangorKini pada hari sama The Reds, nama jolokan pasukan itu, sebaik sahaja menerima piala kejuaraan EPL pada 23 Julai lalu.

Dalam skuad Liverpool, jersi nombor 16 disarung pemain Marko Grujic, antara pemain awal yang dibeli sebaik sahaja Jurgen Klopp menerajui kelab itu pada 2016.

Pada masa ini, pemain berusia 24 tahun dipinjam ke kelab Jerman, Hertha BSC. Beliau sebelum ini bermain untuk kelab Red Star Belgrade pada 2016 dan Cardiff City (2018) secara pinjaman.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading