Hiburan

Amelina lancar lagu balada pertama

PETALING JAYA – Sejarah tercipta pada hari ini apabila ratu dangdut negara, Amelina melancarkan lagu terbaharu genre balada berjudul Ada Untukmu buat julung kalinya sepanjang 27 tahun bergelar penyanyi.

Idea penghasilan lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza ini tercetus berikutan persetujuan bersama Amelina dan pengurusannya, MindOrder Management untuk menghidangkan karya berbeza yang berani pada projek terbaharu ini buat para peminat dan penggemar muzik tempatan.

Menurut Amelina, keberanian untuk merakamkan lagu balada ini bertitik-tolak daripada respons positif yang diterimanya ketika menyertai pertandingan nyanyian popular, Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada 2018.

“Ketika menyertai GV5, saya menerima tugasan mingguan untuk menyampaikan pelbagai genre lagu dan alhamdulillah pada ketika itu, kesemua lagu berlainan genre daripada kelaziman saya iaitu dangdut berjaya disampaikan dengan baik dan digemari ramai.

“Malah, ramai yang sering bertanya jika saya mahu mencuba genre berbeza selain dangdut untuk projek lagu baharu seperti pop atau balada. Syarikat pengurusan juga berpendapat tidak salah jika saya cuba mencabar diri dengan lagu genre berbeza kerana mereka sudah melihat kemampuan saya menyampaikan lagu-lagu berlainan genre sebelum ini.

“Jadi dari situ kami mencari pelbagai lagu yang bersesuaian sehinggalah mendapat demo lagu ini yang begitu melekat di hati saya pada kali pertama mendengarnya. Kami putuskan untuk mencuba sehingga lahirlah Ada Untukmu pada hari ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana video muzik lagu itu di Crave Café, Oasis Ara Damansara di sini, petang ini.

Tambah penyanyi berusia 46 tahun ini, kelainan pada genre lagu terbaharu itu disifatkan sebagai hadiah unik kepada para penyokongnya selama ini.

Justeru itu, Amelina yang mempunyai lebih 15 lagu hit dangdut ini berharap kelainan dan keberanian yang disajikan pada lagu terbaharu ini mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat kelak.

Lagu Ada Untukmu boleh dilayari dan dimuat turun secara rasmi di semua platform digital antaranya Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes bermula 7 Ogos 2020. Video muzik lagu ini pula akan dilancarkan di saluran YouTube Nova Music juga pada hari yang sama.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: