KUALA LUMPUR – PNA Legacy Sdn. Bhd hari ini melancarkan satu produk kecantikan baharu berasaskan pati sarang burung khusus berfungsi 2 dalam 1, sebagai pencuci muka dan pencuci soleka (make up remover). Dilancarkan oleh Puan Nadya Abdullah (PNA) selaku pengasas produk Birdnest Facial Radiance (BNFR) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

BNFR by PNA ini dihasilkan untuk membantu pengguna membersihkan kulit dari dalam, menanggalkan solekan dengan mudah, mencegah dan mengatasi jerawat dan jeragat, mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah serta mengimbangi kesihatan kulit wajah.

Direka dalam tiub agar lebih mudah dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa dengan harga mampu milik serendah RM20 sahaja.

Menurut Pengasas, Puan Nadya Abdullah, BNFR ini merupakan produk penjagaan kulit yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan kulit.

“BNFR adalah produk kedua keluaran PNA Legacy Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan makmal dan mempunyai kelulusan KKM, ianya adalah produk pencuci muka buatan Malaysia yang berkualiti.

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau kerana ia sememangnya selamat. Malahan proses penghasilannya juga amat teliti, saya juga mohon doa dan sokongan agar BNFR terus mendapat tempat di hati pengguna.” katanya.

Dalam pada itu, Nadya turut mengajak orang ramai terutama suri rumah mahupun individu yang terkesan dari segi ekonomi berikutan PKP untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai kumpulan jualan #SquadPNA.

“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM75 sahaja,” jelasnya.

Dalam majlis ini,  muzik video dan lagu untuk produk turut yang dinyanyikan oleh Datin Alyah turut dilancarkan.

Video lakonan semula perjalanan sebelum bergelar usahawan bersama suaminya, Tuan Mazrul Hisyam yang merupakan pengasas bersama, itu  bertujuan sebagai memberi inspirasi kepada para ejen jualan.

“Klip video ini memang cerita sebenar bagaimana jatuh bangun kami bersama-sama demi sesuap nasi. Nak beli susu anak, pampers anak memang sangat sukar masa tu. Kami bual macam-macam dan Alhamdulillah, Allah dengar doa kami. Akhirnya berkat kesabaran dan usaha, kami dapat apa yang tidak pernah terjangkau pun dek fikiran” katanya kepada Malaysianews TV.

Tambahnya lagi, sebanyak 450 ribu unit BNFR telah terjual, meskipun ia baharu sahaja dilancarkan.

Majlis bertemakan Glamorous Fairytale ini juga turut menampilkan kejayaan beberapa orang ejen yang telah berjaya melakukan jualan sehingga RM8.6 juta hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading