Cyberjaya – Hilang pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik covid-19 tidak mematahkan semangat dua orang anak muda ini terus bangkit. Berkat kecekalan dan baki wang simpanan yang sedikit itulah, mereka bergerak pantas mencari satu peluang bagi memastikan mata pencarian tidak terputus begitu sahaja.

Faiz Hilmy bersama rakannya Syaira Sadle, dilihat komited kini setelah bergelar usahawan yang menghasilkan dan memasarkan snek kulit ayam pertama di Malaysia.

“Snek Chickin keluaran Nours Venture Sdn Bhd ini merupakan snek ‘rare’ dengan rasa tersendiri yang pasti setiap anda yang merasainya akan menyukainya” kata Faiz kepada Malaysianews TV.

Idea snek ini dihasilkan adalah setelah menjalani beberapa proses kajian dan saringan agar dapat dipastikan ianya menjadi pilihan penggemar snek ringan dan berkualiti pelbagai aspek.

Snek ringan yang dipek dalam bekas 200 gram ini sudah mula dipasarkan sejak pertengahan julai lalu dan kini mendapat sambutan menggalakkan sehingga mencapai tempahan lebih 200 balang sehari. Bagi memastikan permintaan yang tinggi itu dapat dihantar kepada pelanggan pada masa yang pantas, operasi pengeluaran ditingkatkan dari sehari ke sehari.

“Alhamdulillah, sambutan snek ini amat menggalakkan dan kami di hq juga akan sentiasa memastikan pengeluaran mencukupi pada waktu yang tepat agar setiap pelanggan mendapat produk kami mengikut jadual”.

“Sebenarnya, idea produk kami ini terjadi selepas pelbagai proses kajian dan uji rasa. Kami ingin hasilkan satu produk snek yang berkualiti dan dalam masa sama disukai oleh setiap orang”.

Menurut pengasas bersama, Syaira Sadle, snek Chickin ini kini dipasarkan melalui ejen-ejen berdaftar dan masih terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya dengan modal serendah RM85 sahaja.

“Kami buka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ejen dengan modal rendah agar lebih ramai mampu menjana pendapatan tambahan dan ianya juga adalah satu peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja yang terkesan kerana diberhentikan kerja atau para isteri yang ingin membantu suami ” katanya.

 

Produk snek Chickin ini akan mula dirasmikan pada sabtu ini di Lepaking, Jalan Gombak sebagai satu langkah pemasaran dan pengenalan kepada masayarakat. Selain itu, para pelanggan berpeluang menyertai peraduan Gaji Setahun – Beli & Menang!. Peraduan terbuka dengan membeli Chickin dan imbas kod QR yang tertera di label botol. Tarikh tutup penyertaan pada 20 september 2020.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading