
Kuala Lumpur – Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports mengadakan karnival jualan terbesar di hall 3 dan 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 20 ogos sehingga 31 ogos 2020 iatu selama 12 hari.
Karnival itu yang menyaksikan jualan sebanyak 70,000 unit barangan pelbagai jenama sukan terkenal seperti Adidas, Puma, Umbro, Teva, Lotto, Timberland, Asics dan banyak lagi. Manakala, barangan yang dijual dengan diskaun sehingga 80%.


Acara jualan yang mula dibuka pada 10 pagi itu dilihat mematuhi segala SOP yang ditetapkan agar setiap pengunjung mengekalkan penjarakan sosial.
Karnival dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif PWTC Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim dan turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla.
