Terkini

Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi selepas mengalami strok. Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi di hospital berkenaan.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.”

Kita mendoakan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya hari ini.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat buat masa ini.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan termasuk di peringkat persekutuan.

Antara jawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: