Terkini

OP BENTENG – Tangkapan melibatkan seramai 8 PATI warga Indonesia


1. Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan tiga siri tangkapan 8 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) oleh Pasukan Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) pada 20 Ogos 2020 dan 21 Ogos 2020 yang beroperasi di kawasan Kalabakan, Tawau.

2. Tangkapan Pertama: Pada 20 Ogos 20 bertempat di kawasan Serudong,
Tawau, Sabah. Kumpulan SERKAP telah menahan 2 lelaki. Hasil soal siasat, 2 lelaki
tersebut adalah pekerja ladang sawit tanpa permit yang sah.


3. Tangkapan Kedua: Hasil siasatan dari tangkapan pertama pada 21 Ogos 20, 3
x PATI termasuk 1 x wanita telah memasuki kawasan SERKAP dan serbuan dibuat
untuk menahan kesemua PATI. Hasil soal siasat mendapati PATI hendak pergi ke
Nunukan, Indonesia menggunakan bot yang akan datang mengambil mereka di lokasi
pendaratan.

4. Tangkapan Ketiga: Hasil maklumat dari tangkapan kedua pada 21 Ogos 20,
sebuah bot yang dinaiki oleh 2 lelaki dan 1 perempuan secara perlahan telah
menghampiri lokasi pendaratan. Sebaik sahaja bot tersebut mendarat, seksyen
membuat serbuan dan berjaya menahan semua PATI. Hasil soal siasat mendapati
PATI telah datang dari Nunukan, Indonesia untuk berkerja di ladang berhampiran. Bot
tersebut juga adalah bot yang dijanjikan untuk mengambil PATI yang ditangkap pada
tangkapan kedua.

5. Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah
hampir RM 13,290.00. Kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk
siasatan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: