Hiburan

Pipi bengkak bernanah, Safiey Illias serik buat rawatan estetik tak bertauliah

Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias mengalami masalah pembengkakan pada bahagian muka selepas dipercayai mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

Menurut Safiey, keadaan wajahnya itu semakin membimbangkan apabila  bahagian pipinya sudah mula bernanah selain menjejaskan kesihatannya.

Ekoran situasi itu, katanya, dia kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik estetik.

“Doktor cakap ada nanah. Dia marah buat apa dulu dekat muka. Biasalah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat di rumah dan macam-macam lagi.

“Ke sebab buat lesung pipit hari itu? Entahlah pening nak ingat, Jangan buat sembarangan dengan orang yang buat rawatan estetik lagi-lagi rumah ke rumah,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Safiey turut berkongsi keadaan wajahnya yang baru selesai menjalani satu prosedur pembuangan nanah pada bahagian pipinya.

“Muka ada satu, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP (Letter of Credentialing and Privileging)  

“Ini hampir berapa milimeter nanah disedut guna jarum besar dekat pipi ratu yang bengkak tu. Ada lagi nanah, jadi tiga hari lagi akan sedut buang lagi guna jarum dan picagari,” ceritanya.

Terdahulu, dalam satu posting berasingan, Safiey turut menjelaskan keadaan tersebut sudah berlarutan selama tiga hari sebelum dirinya pergi mendapatkan rawatan.

“Pipi ratu bengkak dah tiga hari. Apa yang terjadi?! Ni mesti kes doktor tak bertauliah punya prosedur haritu. Bantu saya. Badan nak demam.

“Kalau surut tak turun esok, ratu kena bedah sebab takut bengkak di muka tu bernanah dan serang saraf otak,” katanya.

Begitupun, entri tersebut menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia akibat yang perlu ditanggung atas perbuatan mengubah ciptaan-Nya.

“Pulanglah ke pangkal jalan. Itu teguran dari Allah. Itu baru sikit.

“Lesung pipit tu tanam benang kan. Barangkali jangkitan di benang, buatlah lagi.

“Ubah sana ubah sini, hujung-hujung muka jahanam. Tak jadi ratu, jadi kutu,” komen sebahagian warganet.

Sebelum ini, usahawan tersebut juga pernah mencuri tumpuan umum apabila menjalani prosedur mengecilkan pipi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: