Hiburan

Fazura terharu Fattah Amin sabar layan karenahnya semasa mengandung

SUNGAI BULOH: Pelakon, Nur Fazura terharu atas kesabaran suami, Fattah Amin melayan kerenahnya sejak hamil.

Berkongsi kisah yang pernah terjadi, Fazura yang sedang hamil lapan bulan memberitahu, Fattah sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginannya.

“Pada awal kehamilan, saya agak cerewet soal makanan. Pernah suatu hari, Fattah membelikan sandwich dan saya pula tidak menggemari sos atau mayonis.

“Melihat sandwich dibeli mengandungi bahan tersebut, saya terus menangis.

“Fattah kemudian tenangkan saya. Dia sanggup keluar semula semata-mata mahu membelikan sandwich baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Tea Party With Fazura’ di sini, hari ini.

Pemegang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini turut menyifatkan suaminya mudah mengalah.

“Melihat kesabarannya melayan, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.

“Suami turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara,” katanya.

Bercerita mengenai persediaan menyambut kehadiran bayi, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi filem Manisnya Cinta Dii Cappadoccia ini berkata, dia belum membeli apa-apa barangan keperluan.

“Khamis ini baru saya akan mula beli barang. Rasanya okay kerana emak dan mentua akan bantu. Ada yang kata jangan terlalu terburu-buru,” katanya.

Pada majlis itu, Fazura turut melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare.

Set eksklusif ditawarkan dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: