Sukan

E-Coaching lembaran baharu pembangunan sukan akar umbi MILO®

Subang Jaya – MILO®, peneraju kemajuan sukan peringkat akar umbi selama 70 tahun, kini menyemarakkan usahanya untuk memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan kanak-kanak menerusi pelancaran MILO® Champions Clinic: E-Coaching. Inisiatif terbaharu ini merupakan sebahagian daripada matlamat MILO® untuk memupuk gaya hidup
aktif bagi seluruh rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO® Aktif Negaraku dengan
menyediakan sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.


MILO® Champions Clinic: E-Coaching merupakan lanjutan daripada MILO® Champions Clinic, iaitu program latihan sukan peringkat permulaan yang dibangunkan secara khusus untuk menggalakkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka terhadap sukan. Dengan menggunakan teknologi dalam talian untuk capaian yang lebih luas, ia melangkaui sempadan geografi untuk membawakan MILO® Champions Clinic ke lebih banyak tempat, sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak-kanak, keluarga
dan komuniti.


“Kami percaya bahawa sukan adalah guru terbaik yang mendidik nilai-nilai murni. Ini terus
mendorong usaha kami membuka lembaran baharu untuk membantu kanak-kanak
mendapatkan akses kepada kebaikan sukan. Malahan, akses kepada sukan ini perlu
dipertingkatkan dalam keadaan situasi semasa. Menerusi MILO® Champions Clinic, kanak-
kanak bukan sekadar dapat kekal aktif secara selamat, malahan mempelajari nilai-nilai murni
seperti kecekalan, kegigihan, ketabahan serta semangat takkan gentar yang hanya dapat
dipupuk melalui sukan untuk membantu mereka melangkah jauh dalam menghadapi cabaran masa kini,” kata Kerwin Lim, Pengurus Pemasaran Sukan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Sebagai pelengkap program MILO® Champions Clinic yang sedia ada, MILO® Champions
Clinic: E-Coaching menumpukan fokus pada tiga jenis sukan yang paling sesuai untuk latihan dirumah serta dalam talian, iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.


Ia membawakan kembali banyak ciri-ciri asalnya terutamanya latihan bertaraf dunia bersama jurulatih-jurulatih kebangsaan yang menghasilkan modul latihan berkenaan. Kembali untuk melatih kanak-kanak adalah Daphne Ng (badminton), Chiew Chun Yong (futsal) dan Yoong Sze Yuin (bola keranjang). Legenda badminton Rashid Sidek, bekas kapten pasukan bola keranjang wanita kebangsaan Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang melonjak popular Nik Akif Syahiran masing-masing akan membuat penampilan khas dalam salah satu sesi latihan dalam talian.

Sementara itu, ciri-ciri dalam taliannya pula menggalakkan ibu bapa untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam latihan anak-anak mereka, di samping memastikan penglibatan yang berkualiti, kos mampu milik serta keutamaan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.

MILO® Champions Clinic: E-Coaching menawarkan latihan selama 5 minggu di rumah, di mana setiap minggu, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran asas dengan menonton video terlebih dahulu, diikuti dengan sesi latihan berkumpulan dalam talian bersama jurulatih. Dalam sesi ini, jurulatih akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan menjejak kemajuan mereka untuk memastikan mereka mempelajari teknik yang betul.


Kelas akan bermula 10 Oktober sehingga 22 November 2020. Daftarkan anak anda dalam
MILO® Champions Clinic: E-Coaching sekarang dengan pakej lengkap pada RM85 yang
merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton. Terdapat juga pakej asas dengan yuran serendah RM50. Pendaftaran berdasarkan yang cepat didahulukan (first come, first serve). Layari http://www.milo.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: