KUALA LUMPUR – Perk Idea Sdn Bhd telah melancarkan ‘Drive-in Cinema Malaysia’
(Panggung Wayang Pandu-lalu Malaysia). Ia merupakan panggung wayang berteknologi imersif yang pertama di Asia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Domestik & Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar. Drivein Cinema Malaysia ditubuhkan sebagai salah satu tarikan untuk para pelancong domestik selari dengan kempen Cuti-cuti
Malaysia. Panggung wayang tersebut akan diadakan selama 45 hari, bermula dari 19 September – 1 November 2020, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur.
Drive-in Cinema Malaysia memberikan pengalaman menonton wayang yang luar biasa kepada para penggemar wayang tempatan dengan menstimulasikan pancaindera. Selain disajikan dengan filem-filem blockbuster, para penonton akan memandu melalui kesan pengcahayaan bertema yang mengasyikkan semasa memasuki Drive-in Cinema.
Selain itu, para penonton juga disajikan dengan efek-efek pengcahayaan khas semasa penayangan filem untuk meningkatkan pengalaman menonton wayang. Drive-in Cinema Malaysia mampu manampung 200 buah kereta pada satu-satu masa, berbanding dengan para pesaingnya yang hanya mampu menampung ratarata 30 buah kereta. Drive- in Cinema Malaysiajuga menggunakan saluran radio untuk menyalurkan audio wayang tersebut, menggantikan penggunaan pembesar suara ‘bluetooth’, sekali gus mengurangkan risiko dan memutus penyebaran Covid-19.

“Drive-in Cinema Malaysia akan menjadi tarikan yang hebat kepada para pelancong untuk merasai pengalaman imersif menonton wayang. Usaha Drive-in Cinema untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 dengan mengurangkan kontak antara manusia amatlah dipuji. Dengan penggunaan e-wallet yang efektif dan saluran radio untuk audio wayang, ia merupakan cara yang selamat untuk para penonton menikmati wayang dalam persekitaran yang menakjubkan tanpa was-
was,” kata Dato’ Dr. Ammar.
Melalui usahasama bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), agensi-agensi
Pelancongan di seluruh negara dibolehkan untuk memasukkan Drive-in Cinema Malaysia ke dalam pakej-pakej pelancongan yang mereka tawarkan dengan kadar keutamaan di samping tarikan-tarikan hebat yang lain. Dengan itu, Drive-in Cinema Malaysia menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik dan pemulihan industri pelancongan negara.

Usahasama dengan Federasi Rantaian-peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pula menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke kedai-kedai berjenama dan francais-francais di Kuala Lumpur, dan menikmatidiskaun-diskaun ekslusif melalui pengagihan baucer-baucer melalui platform Drive-in Cinema Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Perk Idea Sdn Bhd, Encik Phan KH, Drive-in Cinema Malaysia ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif projek komuniti mereka yang bergelar ‘Combating Together’ yang bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa di peringkat awal PKP, Perk Idea telah
bekerjasama dengan artis-artis tempatan untuk menghasilkan kemeje-T edisi terhad, bagi
menyalurkan sumbangan pelindung muka kepada para petugas barisan hadapan melalui Jabatan Kesihatan Selangor dan Yayasan Sin Chew. Kini, melalui inisiatif-inisiatif Drive-in Cinema Malaysia, Phan berharap untuk menyumbang kepada negara dengan menyokong pemulihan industri pelancongan dan acara yang terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sebahagian kutipan oleh
Drive-in Cinema Malaysia akan disumbangkan kepada rumah-rumah Anak Yatim yang terpilih dan memerlukan bantuan.

“Drive-in Cinema Malaysia ditubuhkan untuk menyajikan pengalaman Hiburan yang unik kepada rakyat semasa PKPP, disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Melalui projek komuniti kami – Combating Together, kami berniat untuk mengadakan acara-acara yang hebat dan bermanfaat kepada sekalian rakyat dan dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Kami bermatlamat untuk menjadikan Drive-in Cinema Malaysia sebagai acara tahunan yang akan diadakan di seluruh negara supaya kesemua Rakyat dapat merasai pengalaman acara yang hebat ini. Dengan itu, kami berharap dapat menyumbang kepada negara dengan meransang ekonomi domestik, dan juga membantu jenama-jenama mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di negeri-negeri seluruh Malaysia,” kata En Phan.
