Gaya Hidup

Telefon pintar realme pertama dengan Android 11 untuk pengguna Malaysia

Petaling Jaya – Google telah melancarkan Android 11 secara rasmi hari ini dan realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi salah satu telefon pertama pengeluar untuk menyediakan Android 11 kepada penggunanya.

Berikutan pernyataan ini, permohonan untuk Pratonton Android 11 bagi realme X50 Pro kini dibuka di Realme Community. Salah satu yang pertama menyediakan Android 11 menyediakan cara yang lebih mudah untuk menguruskan perbualan, peranti yang disambungkan, privasi dan lebih banyak lagi.

Ada langkah tambahan yang diambil untuk melindungi privasi pengguna dan beberapa penambahbaikan dilakukan sebagai pengoptimuman rangkaian serta penyesuaian yang lebih mendalam untuk pelbagai jenis peranti, Android 11 sangat meningkatkan pengalaman pengguna.

Pada 10 Jun, Google melancarkan Android 11 Beta 1. Kemudian realme merupakan antara 7 pembuat telefon pintar tertinggi di dunia dari segi penjualan, mengumumkan bahawa mereka secara aktif berusaha untuk membawa Program Pratonton Pembangun Android 11 untuk realme X50 Pro.

Tidak lama kemudian, Pratonton Pembangun itu disediakan untuk pemaju melalui Komuniti realme.

Pada tahun 2019, realme adalah salah satu pengeluar telefon pintar pertama yang membawa Android 10 untuk penggunanya bentuk UI realme 1.0. realme UI direka untuk memenuhi citarasa, keperluan dan harapan dari generasi muda.

‘Real Design’ sangat minimal namun bergaya dengan inspirasi dari kehidupan harian pengguna muda realme. realme UI akan berintegrasi dengan Android 11, menjadikannya pengalaman lebih baik kepada pengguna telefon pintar.

Walaupun baru dua tahun ditubuhkan, sebagai jenama teknologi-trendsetting adalah komited untuk mempromosikan trend teknologi terkini dan membawa produk inovatif kepada semua pengguna muda di seluruh dunia.


Telefon pintar realme membawa prestasi yang paling hebat dan tinggi dengan perkakasan berkualiti dalam julat harganya. Pada masa yang sama, realme mengikuti perkembangan Google menjadualkan dan membawa kemas kini Android terkini untuk pengguna realme X50 Pro.

Fokus dan komitmen sebenar dalam penyelidikan dan pengembangan produk memungkinkannya bersaing dengan pengeluar telefon jenama lain.

realme kini mempunyai lebih dari 45 juta pengguna telefon bimbit, telah memasuki 61 pasaran di seluruh dunia, dan dengan cepat menduduki tempat antara 5 teratas di dalam senarai 9 pasaran kini.

Dengan telefon pintar itu menyediakan gabungan perisian dan perkakasan terbaik untuk golongan muda, realme juga telah tersenarai sebagai jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: