Gaya Hidup

Cef selebriti Anis Nabilah dengan kerjasama Thermomix lancar buku masakan ‘Comfort Food’

Petaling Jaya – Cef Selebriti Anis Nabilah bukanlah suatu nama yang asing lagi dalam dunia masakan, malah beliau pernah mengendalikan pelbagai rancangan masakan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau merupakan cef pertama dan termuda dari Malaysia yang memiliki rancangan masakan sendiri, Icip Icip, di saluran Asian Food Channel (kini dikenali sebagai Asian Food Network). Anis juga telah mengembara ke serata dunia dalam mencari perisa baru dan inspirasi untuk hidangan gastronomi beliau yang berasaskan seni masakan dan budaya makanan global.

Kini Cef Anis telah melancarkan buku masakan tulisan beliau sendiri, Comfort Food for
Thermomix® by Chef Anis Nabilah, dengan kerjasama Thermomix®. Buku masakan yang
mengandungi 25 resipi yang dikurasi khas untuk penggemar hidangan moden ini, bermatlamat untuk menjadikan makanan Malaysia diakses dengan lebih mudah oleh semua orang.

“Buku ini sangat istimewa buat saya kerana ia merupakan kompilasi hidangan kegemaran saya, dibuat dengan cepat dan mudah dengan menggunakan Thermomix®,” jelas Anis Nabilah.
“Thermomix® sangat menakjubkan, apa saja hidangan yang rumit untuk disediakan kini menjadi lebih mudah dan cepat, dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja.”

“Beberapa hidangan kegemaran saya yang wajib dicuba termasuklah Murtabak Lasagna, Ayam Rose, Sup Kupang Safron, Sup Vegan Labu Kubis Bunga Berempah, Rendang Daging, Gulai Udang Dengan Nangka, Stew Daging Kambing Dengan Ubi Keledek dan Kurma, dan pastinya Puding Trifle Strawberi Panggang dan Kek Keju Madu,” tambahnya lagi.

“Kami sangat teruja dapat berkolaborasi dengan Cef Anis untuk buku masakan ini,” kata Jenny Ooi, Pengarah Serantau Thermomix® Malaysia.

“Beliau melambangkan wanita kebanyakan yang muda dan moden, walaupun sibuk dengan jadual harian namun mereka masih mahu menyajikan makanan yang enak untuk diri sendiri dan keluarga. Buku masakan ini merangkupi pelbagai jenis makanan, daripada sajian pembuka selera kepada sajian utama dan juga pencuci mulut, yang boleh disediakan dalam tempoh beberapa minit sahaja! “.

Sebuah jenama perkakasan dapur dengan fungsi semua-dalam-satu yang terawal di dunia,
Thermomix® telah merevolusikan cara memasak di rumah. Selain memasak, ia boleh menimbang, memotong, memuri, menguli, mengukus, dan juga mempunyai fungsi untuk ‘self-cleaning’.

Menerusi 22 fungsi (dilengkapi dengan kemaskini perisian automatik), ia dikemaskini secara automatik untuk memberikan lebih nilai kepada pengguna. Keupayaan Thermomix® untuk menggantikan fungsi peralatan dapur lain sambil mengaduk dan memasak pada masa yang dikawal dengan tepat, mengikut suhu dan kelajuan yang sesuai, membolehkan pengguna mengurangkan masa dan tenaga dalam proses penyediaan makanan. Ini memberi mereka lebih ruang untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang tersayang atau memberi tumpuan kepada perkara penting yang lain. Platform resipi yang terbesar dalam talian dan yang pernah memenangi anugerah– Cookidoo® yang disepadukan dengan Thermomix® memberi akses kepada lebih 60,000 resipi bersama panduan memasak dari seluruh dunia untuk membolehkan setiap isi rumah menikmatinya di keselesaan rumah mereka sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: