Petaling Jaya – Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports yang juga merupakan rakan niaga rasmi dan eksklusif bagi pasukan Liverpool, telah melancarkan Jersi Kit Ketiga Nike Liverpool FC 2020/2021.
Pelancaran jersi itu disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Al-Ikhsan Sports, Zechariah Ravinder dan disaksikan oleh beberapa penyokong setia pasukan bolasepak Liverpool di Malaysia.

Liverpool ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas Chelsa menewaskan Manchester City, pada Jun lalu sekali gus menamatkan penantian 30 tahun kelab itu.
Liverpool hanya dipisahkan dua mata bagi bergelar juara selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace di Anfield.


Mengambil inspirasi ‘Daripada permainan malam Eropah di Anfield-rekaannya banyak dipengaruhi oleh barisan bendera dan sepanduk yang dilihat di Stadium Anfield.
Peminat kelab bola sepak Liverpool boleh mendapatkan jersi itu yang dijual secara eksklusif di cawangan Al-Ikhsan Sports dan Football Republic atau layari laman web www.al-ikhsan.com. Harga jersi replika dijual pada RM299 dan jersi pemain pada RM495.
