Hiburan

The Melvin bina empayar perniagaan kosmetik, kini bergelar jutawan

Kuala Lumpur – Azam untuk memiliki empayar sendiri menjadikan wanita ini gigih membina nama dalam dunia perniagaan kosmetik.

Selepas menjual produk kosmetik sejak Mei tahun lalu, pelakon Syifa Melvin bersyukur dia serta tiga adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin berjaya membawa status jutawan.

Menurut laporan, pelakon berusia 26 tahun itu berkata kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha keras mereka selain memiliki pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan.

Dalam beberapa bulan saja, produk yang diasaskan daripada bahan semula jadi ini menjadi fenomena apabila terjual lebih 180,000 unit.

Apapun, kami berasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini. Apa yang penting…

“…kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respons positif peminat yang menjadi pelanggan. Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,” katanya.

Selain itu, Syifa juga menyifatkan dia seharusnya memberikan pujian kepada The Melvins kerana sangat komited dalam menjalankan perniagaan.

Mengakui cabarannya amat berbeza dengan kerjaya sebagai seorang pelakon, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin atau lebih dikenali Syatilla Melvin berkata beliau tidak mahu ia menjadi pematah semangat untuk terus meneroka peluang yang terhidang di depan mata.

Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.

“Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi. Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” ujarnya.

Pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins dilancarkan petang tadi di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini. Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: