Gaya Hidup

Aik Cheong lancar siri Drip & Dip Coffee, lantik Tan Boon Heong duta jenama

Kuala Lumpur – Jenama kopi paling terkenal di Malaysia, Aik Cheong telah melancarkan produk kopi siri “Black” yang terdiri daripada empat perisa baharu iaitu “Drip Coffee” dan dua perisa lainnya iaitu “Dip Coffee”.

Berkonsepkan “BLACK TO BASIC”, produk baru ini diilhamkan untuk memberi pelanggan merasai keaslian kopi hitam. Tambahan pula, cogan kata yang diketengahkan adalah “Me Moment Now” yang membawa maksud memberi pencinta kopi merasai suasana baru menikmati segelas cawan “brew coffee” di zon peribadi yang selesa.

Siri “Drip & Dip Coffee” mempunyai enam variasi baru yang terdiri daripada Ethiopia Yirgracheffe, Colombia Medellin, Guatemala Huehuetenango, Nicaragua Jinotega, Cold Brew Ethiopia Yirgracheffe dan Milk Brew Colombia & Brazil Santo’s.

Para pelanggan boleh mula mendapatkan semua jenis produk ini di pasaraya premium ataupun di platform online E-Commerce.

Menerusi pengumuman yang terbaru daripada Aik Cheong Coffee, berbesar hati dan berbangga melantik pemain badminton negara, Tan Boon Heong sebagai duta Jenama.

Dalam pada itu, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan dengan membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation’s Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi Tahun 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: