Politik

Idris Jusoh nafi sokong Anwar

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh menafikan beliau adalah salah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menyokong pembentukan kerajaan baharu di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang tular.Idris berkata beliau tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Presiden PKR itu.

“Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar.

“Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar,” katanya dalam satu kenyataan.

Nama Idris merupakan antara 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: