Hiburan

Jatuh dilambung kuda setinggi 8 kaki, Faizal Tahir ikut sunnah pelihara Jibril

Kuala Lumpur – Walaupun pernah jatuh dilambung kuda setinggi lapan kaki ketika sedang menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya, Nobody baru-baru ini, ia langsung tidak menghalang penyanyi dan komposer, Faizal Tahir untuk membeli seekor kuda bagi memperluaskan hobi dan minat baharunya itu.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 42, minat baharunya itu timbul kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW selain melihat ia satu aktiviti yang sihat buatnya sekeluarga. Kuda jantan yang diberi nama Jibril itu dibeli Faizal pada harga kurang RM10,000 pada bulan lalu.

“Kalau saya kata macam ini bukan sebab nak tunjuk alim ke apa, tapi memang saya bela kuda ikut sunnah Nabi. Apa-apa yang Nabi suruh kita jangan persoal, kita cuba dulu. Lepas dah bela kuda ini, memang banyak sebenarnya saya belajar. Lepas bangun solat Subuh, memang saya tidak tidur balik, sebaliknya terus ke kandang kuda Jibril yang sewa di Maeps, Serdang untuk beri dia makan dan mandikan dia sendiri.

“Ikut pengalaman sendiri sebenarnya, saya pernah jatuh kuda ketika jalani penggambaran muzik video lagu Nobody baru-baru ini. Saya jatuh tujuh kaki di udara, sakitnya memang tak boleh digambarkan. Tapi Alhamdulillah badan saya cuma sakit-sakit sengal biasa tiada tulang patah atau kecederaan teruk.

“Lepas jatuh itu, saya teruskan juga penggambaran dan hanya ambil ubat penahan sakit sahaja selepas itu. Saya tak nampak benda itu sebagai penghalang untuk saya sambung kerja macam biasa,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Nobody yang berlangsung di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya semalam.

Memperuntukkan lebih RM2,000 sebulan untuk penjagaan Jibril, Faizal berkata, “Saya tahu persepsi orang bila menunggang kuda ini kos dia tinggi, saya faham sebab saya pun fikir macam tu dulu, sampailah saya bertanya sendiri dan terkejut juga bila dapat beli kuda bawah lingkungan RM10,000.”

“Untuk kos bulan-bulan boleh katakan mencecah RM2,000 sebulan. Nasib saya jumpa kandang yang berpatutan di Serdang berharga RM1,400. Kalau nak ikutkan tempat lain di sekitar Kuala Lumpur ini, harga standard kandang kuda boleh cecah RM3,500 sebulan. Untuk makanan dia pula saya peruntukkan RM700 sebulan.

“Jaga kuda ini tak macam kita beli kereta, lepas beli kita boleh tinggalkan sahaja di garaj. Kuda ini sensitif makhluknya, sebab itu setiap dua hari sekali saya akan pergi tengok dia dan bagi makan serta mandikan dia.

“Hobi bela kuda ini juga merupakan aktiviti sihat buat saya sekeluarga, sekarang skil tunggang kuda anak-anak saya lebih hebat daripada saya,” katanya berseloroh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: