Politik

Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.Watikah itu diserahkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

“Syukur alhamdulillah, Tuan Yang Terutama menjemput saya untuk memaklumkan saya akan pelantikan Ketua Menteri Sabah.

“(Istiadat) mengangkat sumpah akan dilakukan jam 10 pagi, Selasa. Selain itu, Tun Juhar juga bagi watikah pelantikan kepada saya,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dipanggil menghadap Tun Juhar pada jam 4 petang. Pertemuan Hajiji dan Tun Juhar itu berlangsung selama satu jam.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah.Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, GRS yang dianggotai PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 38 kerusi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: