Terkini

Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik

KUALA LUMPUR – Cawangan Malayan Banking Bhd (Maybank) di seluruh negara, kecuali yang berada dalam zon merah, akan terus dibuka sehingga jam 7 petang mulai semalam dan hari ini untuk memberi kemudahan tambahan kepada pelanggan bagi pertanyaan serta permohonan Bantuan Pembayaran Balik memandangkan penamatan moratorium selama enam bulan.

Maybank mengingatkan para pelanggannya yang terjejas akibat pandemik agar segera menghubungi bank sekiranya mereka ingin memohon Bantuan Pembayaran Balik untuk pinjaman/pembiayaan mereka.

Maybank juga ingin menjelaskan bahawa status CCRIS peminjam yang mengambil bantuan pembayaran balik tidak akan berubah. Mereka juga boleh menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara.

Maybank ingin memaklumkan kepada mereka yang telah memohon Bantuan Pembayaran Balik tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan bahawa permohonan mereka sedang diproses, pihak bank akan berhubung dengan mereka secepat mungkin mengenai pembayaran pinjaman mereka bagi Oktober dan seterusnya.

Sementara itu, pelanggan yang tidak memohon untuk Bantuan Pembayaran Balik diingatkan meneruskan pembayaran bagi pinjaman/pembiayaan mereka mulai Oktober 2020. Mereka yang menjangka kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka selepas moratorium, masih boleh menghubungi bank bagi berbincang tentang pakej pembayaran balik untuk memenuhi keperluan kewangan semasa mereka.

Bagaimanapun, pelanggan ini disarankan untuk memohon bantuan pembayaran sebelum tarikh ansuran Oktoberb supaya status kredit mereka tidak terjejasPelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pembayaran Balik Maybank boleh melayari www.maybank2u.com.my/covid19 atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300 88 6688, dan tekan *1 untuk “Bantuan Pembayaran Balik”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: