Terkini

1 Utama sahkan pekerja Mac City positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Kompleks beli-belah, 1 Utama mengesahkan seorang kakitangan Mac City Service Centre didapati positif COVID-19.

Pihak pengurusan 1 Utama dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu, dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu, dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.

“Ini adalah kes terpencil, yang pertama kali berlaku di 1 Utama sejak wabak COVID-19 (melanda) pada tahun ini. Sejujurnya, kami sangat terkilan menerima berita tersebut walaupun kami telah melakukan yang terbaik untuk mencegah COVID-19.

“Bagaimanapun, selepas sebulan persediaan, kita kini berada dalam keadaan yang baik untuk bertindak balas terhadap situasi kecemasan ini.

“Dengan penuh telus, kami menganggap ini adalah keutamaan kami untuk memberikan maklumat yang tepat pada masanya kepada orang ramai, para pembeli, penyewa-penyewa serta vendor kami,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook 1 Utama.

Dalam perkembangan sama, syarikat itu menambah langkah-langkah mitigasi awal dan keselamatan awam telah diaktifkan bagi menghadkan sebarang risiko penularan jangkitan.Selain itu, Mac City turut ditutup untuk proses nyah kuman, sementara rakan-rakan sekerja kakitangan berkenaan diarah menjalani kuarantin.

“Pembersihan secara menyeluruh telah dilakukan termasuk di unit pengendalian udara (AHU), kawasan awam, kemudahan, lif, eskalator, tandas serta bilik bayi.

“Pengesanan kontak rapat turut dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memeriksa daftar masuk Kod QR kakitangan yang terlibat,” jelas kenyataan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: