Terkini

Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih

KUALA LUMPUR -Tahap pencemaran di loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih beransur pulih selepas loji tersebut terpaksa diarahkan henti tugas sejak Ahad lalu.

LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh beroperasi semula.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, ujian persampelan yang dijalankan setakat jam 8 pagi ini di muka sauk LRA Sungai Semenyih mencatatkan bacaan 0 TON tiga kali berturut-turut.

Manakala LRA Bukit Tampoi berada pada tahap 1 TON.

LRA hanya boleh mula beroperasi sekiranya pencemaran di muka sauk berada pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut dan tiada baki sisa pencemaran dikesan di hulu sungai.

“Dalam pada itu, LRA Sungai Semenyih telah mula mengoperasikan pam air mentah pada pagi ini untuk kerja-kerja pembersihan paip air mentah dan tangki-tangki rawatan air.

“Usaha untuk merawat air mentah dan menstabilkan sistem LRA akan mengambil masa selama 12 jam sebelum bekalan air boleh diagihkan kepada para pengguna,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menerusi Twitter menjelaskan, pam di loji LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi untuk tugas-tugas pembersihan.

Susulan proses menstabilkan rawatan air dapat dilaksanakan sepenuhnya, Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan air secara berperingkat bagi kawasan yang menerima bekalan dari LRA Sungai Semenyih.

Penghentian tugas kedua-dua loji sejak malam Ahad menjejaskan bekalan air di 274 kawasan dan membabitkan 309,387 akaun pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Hasil siasatan awal oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam mendapati pencemaran bau dipercayai berpunca daripada aktiviti pembersihan reban angsa secara besar-besaran berhampiran Sungai Pajam dan Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: