Terkini

Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Ia berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liew yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: