Terkini

Dr Noor Hisham jalani kuarantin, sidang media COVID-19 langsung dari rumah

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan turut menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya beliau turut dijangkiti COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada media, susulan Dr Noor Hisham antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Pegawai tersebut memaklumkan, sepanjang tempoh kuarantin 14 hari yang bermula 3 Oktober lalu, Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan keputusan itu, kesemua individu yang hadir dalam mesyuarat berkenaan, termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengikut peraturan KKM menjalani kuarantin wajib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: