Terkini

Covid-19: JAWI saran solat hajat di semua masjid, surau

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, solat hajat tersebut disaran dilakukan selama tiga hari berturut-turut selepas solat Maghrib bermula hari ini.

Katanya, solat hajat itu disaran selepas melihat kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya dalam pekeliling yang diedarkan.

Pada Selasa, Malaysia sekali lagi merekodkan kes COVID-19 harian tertinggi apabila sejumlah 691 kes baharu dicatatkan dengan empat kematian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: