Terkini

KKM tidak beri Muhyiddin gelang, hanya nasihat jalani kuarantin kendiri – PMO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu memakai gelang pengawasan dalam tempoh kuarantin kendiri 14 hari ketika ini.

Ia berdasarkan keputusan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah membuat penilaian, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat pada 5 Okt lepas, Perdana Menteri hanya dinasihati menjalani kuarantin kendiri di kediaman beliau,” kata PMO dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Muhyiddin juga perlu memantau status kesihatan sendiri di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan Home Assessment Tool dalam aplikasi My Sejahtera.

Atas sebab itu, PMO berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa Perdana Menteri melanggar arahan KKM, adalah tidak benar sama sekali.

Semalam, ketika Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, beberapa pihak mendakwa Muhyiddin tidak memakai gelang pengawasan sedangkan beliau berada dalam tempoh kuarantin kendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: