Terkini

Kakitangan Kementerian Sumber Manusia positif COVID-19

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan di Kementerian Sumber Manusia disahkan positif COVID-19 pada 4 Oktober lalu dan kini menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Justeru, pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah termasuk mengesan nama-nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telah menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin wajib di rumah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, KSM turut melaksanakan proses disinfeksi melibatkan seluruh ruangan pejabat dan persekitaran kementerian.

Mengambil langkah tambahan, seluruh kakitangan dan pegawai di KSM akan perlu menjalani saringan COVID-19.

Setakat ini, difahamkan segala jenis program dan juga aktiviti melibatkan KSM akan ditangguhkan sehingga 16 Oktober.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: