Terkini

I-Kembali kerjasama PERGAK dan Jabatan Penjara Malaysia bantu bekas banduan dapat pekerjaan

Cyberjaya – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) telah memperkenalkan Program I-Kembali bagi membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara sekali gus membolehkan mereka membina hidup baharu.

Dilihat sebagai satu usaha membuka ruang dan peluang kedua, program ini mendapat sokongan padu dari Jabatan Penjara Malaysia.

Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK)

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata, menerusi program tersebut, peserta yang telah disaring ditempatkan di enam sektor pekerjaan iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perladangan, pemasaran serta pengurusan.

Bekas banduan yang terpilih akan melalui satu proses saringan ketat di Ghullam Recovery Care Centre (GRCC) sebelum ditempatkan di sektor pekerjaan mengikut kesesuaian dan minat bekas banduan berkenaan.

“Ini memberi motivasi kepada para bekas banduan untuk melalui kehidupan lebih bersemangat, lebih terbuka berbekalkan kesedaran dan kemahiran yang diperolehi semasa di dalam penjara.

“Usaha ini mampu menyediakan platform untuk mendapat pekerjaan dan memulakan hidup baru dengan kerjaya yang stabil dan masa depan yang cemerlang.

“Peserta adalah berusia antara 20 hingga 49 tahun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama menjalani latihan kira-kira seminggu atau dua minggu sebelum dihantar kepada majikan,” katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Katanya, gaji permulaan diterima mereka antara RM1,200 hingga RM2,000 bergantung kepada jenis sektor malah turut disediakan tempat penginapan oleh majikan.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan), Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, usaha program ini dilihat satu perkara yang baik dan secara tidak langsung membantu para bekas banduan membina kehidupan lebih baik dan sejahtera.

“Usaha ini sangat bagus bukan sahaja memberi peluang pekerjaan tetapi ianya juga dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam enam sektor yang terlibat”

“Bukan itu sahaja, ia juga memberi ruang dan peluang kepada para majikan membantu negara meningkatkan ekonomi melalui penggajian golongan bekas banduan, yakni pengurangan kos di penjara.

“Sekaligus dapat menyelesaikan kadar pengangguran di kalangan bekas banduan dan mengatasi masalah ‘kesesakan’ banduan di dalam penjara,” katanya kepada Malaysianews TV.

Turut difahamkan, peserta yang berjaya mendapat pekerjaan turut dipantau oleh PERGAK dan Jabatan Penjara Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: