Gaya Hidup

Xiaomi lancar dua peranti kelas premium, dikuasakan Snapdragon 865

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan dua peranti kelas mercu terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dikuasakan dengan pemproses termaju keluaran Qualcomm.

Sesuai dengan peranti mercu, kedua-dua variasi berkenaan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 865 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 8GB dengan rekaan LPDDR5.

Agak pelik bagi Xiaomi apabila peranti berkenaan hanya menggunakan pemproses Snapdragon 865 dan bukannya variasi kelas tinggi, Snapdragon 865+ yang menawarkan prestasi lebih baik.

Bagi variasi Mi 10T, storan dalaman ditawarkan sehingga 128GB UFS 3.1 manakala untuk versi tinggi Mi 10T Pro sehinggan 256GB.

Penyentuh aspek ciri khusus peranti berkenaan, peranti berkenaan menggunakan sistem keselamatan kekunci pengimbas cap jari yang diintegrasi menerusi butang kuasa.

Kapasiti bateri pula didatangkan dengan 5,000mAh bersama sistem pengecas pantas 33W sesuai bagi pengguna yang sering bergerak dan tidak mahu menunggu masa pengecasan yang panjang.

Peranti baharu ini juga masih mengekalkan sambungan audio 3.5mm dan satu penghargaan buat Xiaomi kerana masih mengekalkan bicu audio berkenaan yang memudahkan pengguna.

Pastinya tumpuan spesifikasi akan melihat kepada keupayaan kamera dan untuk itu, variasi Mi 10T Pro dilengkapi dengan lensa 108 Megapiksel (MP) manakala untuk Mi 10T adalah 64MP sahaja.

Xiaomi juga prihatin terhadap keperluan pengguna yang gemar menghabiskan masa untuk bermain permainan mudah alih dan kedua-dua variasi peranti ini didatangkan dengan skrin paparan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Saiz skrin untuk kedua-dua peranti ini juga adalah sama iaitu 6.67 inci dengan Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) termasuk menyokong paparan HDR10+.

Peranti ini ditawarkan menerusi pilihan warna hitam, biru atau perak. Tanda harga untuk peranti baharu Xiaomi berkenaan adalah bermula sekitar RM2,400 sehingga RM3,000 untuk variasi kelas tinggi.

Variasi peranti berkenaan telah dilancarkan pada 6 Oktober di Hotel EQ, Kuala Lumpur.

Spesifikasi Mi 10T Pro

• Pemproses: Snapdragon 865

• RAM: Sehingga 8GB

• Storan: Sehingga 256GB

• Kamera: 108MP sudut lebar + 13MP ultra lebar + 5MP lensa makro

• Kamera swafoto: 20MP

• Bateri: 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W

Bagi memberi peluang kepada pengguna merasai pengalaman sebenar menggunakan teknologi dengan telefon pintar, Xiaomi menawarkan telefon pintar berkualiti premiumnya Mi 10T Pro pada harga RM 1999 (8 + 256GB) dan bagi model Mi 10T dijual pada harga RM1699 (8 + 128GB).

Mi 10T dan Mi 10T Pro akan tersedia dalam dua warna, Lunar Silver dan Cosmic Black. Manakala, versi warna Aurora Blue dari Mi 10T Pro akan tiba di Malaysia akhir bulan ini. 

Pengguna boleh dapatkannya bermula 9 Oktober melalui Lazada dan di semua cawangan Mi Store seluruh negara. Di Shopee, ia dijual mulai 16 Oktober.

Bagi model Mi 10T pula ia akan mula dijual di laman atas talian Lazada, Shopee dan di semua cawangan Mi Store akhir bulan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: